Sabtu, 19 Mac 2011

Solat Sunat Tahajud

Sembahyang tahajud ialah solat sunat yang dikerjakan diwaktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail.Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam. Allah berfirman yang ertinya;

"Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji"

Solat malam sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjud walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri. Baginda bersabda yang ertinya;

"Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)" (H.R Muslim)

Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.

Rukun
  • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah bacalah surah Al-Kafirun,
  • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
  • Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada Allah.