Isnin, 14 Mac 2011

Solat Sunat Istikharah

Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir.

NIAT
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

DOA
Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ?. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ?. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya"