Khamis, 17 Mac 2011

Aqiqah

Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.

Aqiqah hukumnya sunat muakkad.

Sabda Rasulullah SAW :

"Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran,
dicukur rambut dan diberi nama"

Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.

Waktu yang paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia boleh dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh. Daging aqiqah tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir miskin, memadai dengan mengadakan jamuan/kenduri dengan menjemput orang ramai.

Syarat Sah Aqiqah

(a) Berniat aqiqah ketika menyembelih.

(b) Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

(c) Memenuhi syarat-syarat sembelihan.

(d) Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut

(e) Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh

(f) Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.