Sabtu, 12 Mei 2012

Haji Badal

Haji Badal atau Haji Niyabah (Haji Gantian) ialah sejenis Haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat yang tertentu. Ia khusus dilaksanakan demi mereka yang Muslim yang sepanjang hidupnya atau hayatnya merupakan seorang yang berkemampuan (dari segi kewangan) untuk melaksanakan Haji, tetapi dari segi batiniah (badannya) ia terlau tua atau uzur sehingga dia tidak ada harapan lagi untuk menunaikan Haji di Makkah.
Oleh yang demikian, orang Muslim yang begini perlulah menginfakkan sedikit hartanya untuk menunaikan Haji bagi dirinya tetapi ibadah Haji itu dilaksanakan oleh orang lain yang berkemampuan dari aspek fizikal, rohani dan jasmani.

Syarat Haji Badal

Orang Muslim yang hendak menunaikan Haji bagi orang lain perlulah mengikuti syarat-syarat yang berikut:
  • Terlebih dahulu, dia telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada perasaan was-was terhadap ibadah Hajinya yang terdahulu.
  • Hanya menunaikan Haji untuk seorang sahaja pada sesuatu musim Haji.
  • Ia hendaklah berniat ihram, lantas berihram sama ada: di Miqat orang yang hendak dihajikannya atau; di Miqat yang sama jauh dengn Miqat orang yang hendak dihajikan olehnya atau; di Miqat yang telah ditentukan kepadanya oleh penyuruh pelaksanaan Haji, tetapi jika segala di atas tidak ditentukan kepadanya, bolehlah baginya berihram di mana-mana Miqat yang dirasakan mudah baginya.
  • Orang yang yang menunaikan Haji Badal perlulah seorang yang telah akil baligh.

Ganjaran menunaikan Haji Badal

Seseorang yang menunaikan Haji Badal untuk orang lain ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala Haji atau suatu ganjaran yang berlipat kali lebih besar dari itu dengan izin Allah Taala.
Nota: Penyuruh pelaksanaan Haji Badal perlulah memberikan wang sokongan serta pembiayaan pergi Haji kepada orang yang akan melaksanakan haji buatnya.